Selangorkini
SELANGOR

MB: KIDEX & LLM perlu patuhi 3 syarat

SHAH ALAM, 20 NOV: Pemaju Lebuh Raya, Kidex Sdn Bhd perlu mengemukakan secara terperinci perjanjian konsesi bersama Kerajaan Pusat jika mahu Kerajaan Selangor mempertimbangkan kelulusan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau meletakkan tiga syarat yang perlu Kidex Sdn Bhd dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) perlu patuhi, tambahan terma baru yang perlu dipatuhi sebelum perjanjinan konsesi berakhir 15 Februari 2015.

kidex“Ia perlu ada pendedahan umum keseluruhan perjanjian konsesi yang dilanjutkan,” kata Mohamed Azmin selepas perbincangan bersama LLM hari ini.

Mohamed Azmin berkata, dua syarat lain adalah pengumuman menyeluruh cadangan kadar tol dan pulangan projek Kidex termasuk pemilikan saham syarikat dan bukti keseluruhan kesan penilaian projek itu memberikan manfaat kepada pengguna dan penduduk di Petaling Jaya.

“Kidex Sdn Bhd dan LLM perlu mematuhi mematuhi ketiga-tiga syarat sebelum kita boleh bersetuju untuk menilai cadangan ini atau mempertimbangkan permohonan untuk lebuh raya yang dicadangkan itu,” kata Mohamed Azmin dipetik The Malay Mail.

azminKetika pertemuan itu, LLM membentangkan kajian yang mendakwa 80 hingga 85 peratus daripada 2,000 penduduk tinggal berhampiran projek bersetuju dengan cadangan pembinaan terbabit.

“Kita memberitahu mereka bahawa dokumen sebenar diperlukan dan kita akan mengkaji perkara ini,” katanya.

-NFN-


Pengarang :