Selangorkini
KENYATAAN MEDIA

Penghapusan subsidi: Komitmen dan keutamaan kerajaan wajib dipersoal

Oleh: Nik Nazmi Nik Ahmad

Keputusan kerajaan menghentikan subsidi bagi petrol RON 95 dan diesel adalah langkah yang tidak bertanggungjawab apatah lagi mengambilkira pengenalan cukai GST pada tahun depan. Rakyat akan dibebankan dengan kenaikan harga yang berganda.

Meskipun bersetuju bahawa pemulihan kedudukan kewangan negara perlu dilaksankan, AMK berpendapat komitmen dan keutamaan kerajaan perlu jelas.

10373484_912677608750334_3020556854281027399_nOleh kerana itu, AMK mengajak orang ramai mempersoal komitmen dan pilihan keutamaan yang diambil oleh kerajaan pada masa kini.

AMK melihat, meskipun langkah rasionalisasi subsidi telah mula dijalankan sejak beberapa tahun lalu, perbelanjaan kerajaan tidak pernah menyusut.

Untuk belanjawan 2014, kerajaan telah membentangkan jumlah belanjawan sekitar RM264 billion, tidak termasuk belanjawan tambahan yang dipohon kemudian.

Bagi tahun 2015 pula, kerajaan telah membentangkan belanjawan yang bernilai hampir RM274 billion.

Justeru, AMK mendesak pihak kerajaan mendedahkan mekanisme penentuan harga minyak, jumlah bayaran yang diberikan oleh Petronas kepada kerajaan mengikut tahun sejak ia mula ditubuhkan, ke manakah ia digunakan.

Begitu juga penghapusan subsidi ini diperkenalkan ketika isu rasuah dan ketirisan terus berleluasa, malah timbul persoalan demi persoalan mengenai 1MDB yang menambahkan beban hutang yang ditanggung oleh Kerajaan.

Ketika banyak persoalan lain berkaitan perbelanjaan besar kerajaan tidak dijelaskan dengan baik, memangsakan rakyat menunjukkan lemahnya komitmen dan keutamaan kerajaan bagi membela rakyat.

* Nik Nazmi Nik Ahmad adalah Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia


Pengarang :