Selangorkini
NASIONAL

Tiga wacana ‘keras’ menunggu kedatangan anda

SHAH ALAM: Bersiap-sedialah rakyat Malaysia khususnya warga Selangor akan tiga wacana dengan tiga isu penting di Petaling Jaya, Shah Alam dan ibu negara pada 4 November, 5 November dan 6 November ini.

Wacana pertama membincang topik “Universiti atau Penjara? Diskusi Kebebasan Mahasiswa” yang menampilkan ketua gerakan siswa, Fahmi Zainol dari Universiti Malaya, Exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad selaku Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Pengerusi Komunikasi Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) Syukri Razab dan Naib Ketua AMK Tan Kar Hing.

IMG-20141103-WA0008

Keesokan harinya, Prof Gurdial Singh Nijar, Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah dari Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) akan membentangkan keputusan tribunal rakyat berkenaan salahlaku Pilihan Raya Umum ke-13.

IMG-20141103-WA0007

Seterusnya pada 6 November, Exco Nik Nazmi Nik Ahmad menjemput rakyat Selangor untuk bersama mendengar dialog Kerajaan Negeri bersama siswa membincangkan hala tuju pendidikan negeri ini dan bertempat di Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam.

IMG-20141103-WA0019

Selangorku.com akan membawakan ketiga-tiga wacana ini secara langsung.


Pengarang :