Selangorkini
SELANGOR

Umno ada beribu pemidato tak guna jika tiada fakta

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 6 NOV : Hasrat Umno melahirkan lebih ramai anggota pidato di setiap bahagian parti itu di seluruh negara bagi menjelaskan isu semasa dianggap tidak berguna sekiranya tiada intipati pada hujan yang akan disampaikan.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, berkata menjawab soalan atau berhujah menggunakan pemidato yang dilatih bukan bergantung kepada kepetahan berkata-kata sahaja, sebaliknya perlu mempunyai isi yang kukuh dan relevan.

shuhaimi kongres ke 9 PKR 04“Jika tiada intipati, maka orang akan katakan kita ‘beat around the bush’ atau menyimpang dari jawapan.

“Masalah Umno bukan pada gaya berhujah mahupun kepetahan bercakap di pentas, tetapu ia lebih kepada hakikat salah laku itu sendiri,” katanya kepada Selangor Kini.

Shuhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, berkata segala fakta yang ingin disampaikan Umno boleh dipesongkan, malah sebarang salah laku rasuah juga boleh sahaja diputar belit.

Namun katanya rakyat yang semakin bijak kini akhirnya akan mengetahui sama ada penyampaian itu adalah jawapan jujur atau sekadar kata-kata kosong.

“Jadi walaupun Umno melatih ribuan pemidato hebat sekalipun, ia masih tidak dapat menutup kepalsuan.

“Kebenaran tetap akan muncul akhirnya,” katanya lagi.

Terdahulu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata parti itu menyasarkan untuk melahirkan 10 anggota Kelab Pidato Umno Malaysia di setiap bahagian di seluruh negara melalui penganjuran Pidato Piala Presiden.

Beliau berkata anggota kelab berkenaan akan berfungsi sebagai penceramah di bahagian masing-masing dan akan dipanggil menyampaikan pidato bagi menjelaskan isu semasa pada bila-bila masa.

EZY


Pengarang :