Selangorkini
SELANGOR

200 pelajar AU3 dapat beg sekolah, gunting rambut percuma

Oleh : NAEEM RAFFI

HULU KELANG, 25 DIS: Pejabat Khidmat Adun Hulu Kelang dan Ahli Majlis MPAJ ZON3 menganjurkan program ‘Back to School’ menjelang pembukaan sesi persekolahan 2015.

Pada program itu, 200 pelajar di AU3, Keramat, di sini menerima bantuan beg dan peralatan persekolahan dan ia dirasmikan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan turut dihadiri Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Potong Rambut di AU3 MB (4)“Ini adalah acara tahunan yang kita anjuran saban tahun sejak 2010 bertujuan membantu meringankan beban ibu bapa dari kalangan kurang berkemampuan selain memberi dorongan kepada pelajar.

“Berdasarkan rekod, penyertaan tahun ini yang terbanyak berbanding tahun sebelumnya,” kata Mohamed Azmin di perkarangan Dewan Komuniti Rakyat AU3, di sini, hari ini.

Pelajar peringkat rendah dan menengah di DUN itu juga ditawarkan perkhidmatan gunting rambut percuma daripada tukang gunting profesional yang dibawa khas, selain menerima beg dan peralatan persekolahan.

Acara yang berlangsung jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang itu turut dimeriahkan dengan kehadiran maskot Optimus Prime iaitu karakter utama dari siri Transformers.

-NFN-


Pengarang :