SELANGOR

27 daripada 680 sahaja terima darjah kebesaran Selangor

SHAH ALAM 9 DIS: Sejumlah 27 penerima daripada 680 pencalonan sahaja terpilih untuk menerima darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-69 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis ini.
Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata daripada 27 penerima itu, dua individu menerima darjah dan bintang kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ dan seorang menerima Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) yang membawa gelaran ‘Datuk Setia’.

SultanSelain itu, 24 orang menerima Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) dan Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S), kedua-duanya membawa gelaran ‘Datuk’ bagi lelaki dan ‘Datin Paduka’ bagi perempuan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohammed Khusrin berkata semua penerima telah melepasi tiga tapisan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (Keselamatan dan Jenayah), Jabatan Insolvensi dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Pada tahun ini, kerajaan negeri menerima sebanyak 1,663 permohonan dan daripada jumlah itu, 680 borang adalah pencalonan bagi darjah dan bintang kebesaran manakala 983 borang adalah bagi pencalonan pingat-pingat negeri Selangor,” katanya dipetik Bernama.

EZY


Pengarang :