Selangorkini
SELANGOR

Adakan pertemuan cendekiawan redakan perbezaan pandangan

SHAH ALAM 16 DIS: Kerajaan Selangor disarankan menganjurkan program khas menemukan semua cendekiawan daripada pelbagai agama di negara ini bagi membincangkan perbezaan pendapat antara mereka.

ADUN Meru, Dr Rani Othman berkata, Kerajaan Selangor perlu memainkan peranannya untuk membantu meredakan perbezaan pendapat ini.

suk“Saya cadangkan satu seminar khas diadakan yang boleh menemukan cendekiawan dan pemimpin pelbagai agama dan aliran pemikiran berdiskusi secara matang perbezaan antara mereka.

“Saya sudah menghubungi exco kerajaan negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus dan kami akan bertemu hari ini bagi membuat perbincangan lanjut,” kata Dr Rani dipetik The Malaysian Insider.

Dr Rani yang baru pulang dari Acheh, Indonesia membuat cadangan ini ekoran pelbagai isu yang melibatkan hubungan antara agama timbul di negara ini.

Katanya, beliau melihat Acheh juga mempunyai masalah yang sama dan ia diselesaikan melalui dialog dan perbincangan.

“Kita perlu berfikiran terbuka untuk menerima perbezaan ini dan untuk memahaminya semua pihak perlu ditemukan dalam satu program.

“Sebagai kerajaan yang mempunyai kepelbagaian di dalamnya, Selangor wajar menganjurkan majlis ini,” katanya.

EZY


Pengarang :