Selangorkini
SELANGOR

Adun BN cadang wakil rakyat bergilir pada 46 soalan pertama

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 4 DIS : Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) mencadangkan supaya Dewan Negeri Selangor (DNS) berlaku adil kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk mengemukakan sekurang-kurangnya satu soalan pada 46 soalan pertama bagi pertanyaan mulut.

Beliau berkata ia bagi memastikan setiap Adun mempunyai ruang untuk mengemukakan soalan kepada pihak Kerajaan Negeri, lebih-lebih lagi jika isu itu adalah penting.

grafik-DNS“Selepas ditolak dengan jumlah pihak kerajaan seramai 10 orang, boleh tak Dewan berlaku adil dengan memberi peluang kepada Adun untuk mengemukakan sekurang-kurangnya satu soalan pada 46 soalan pertama.

“Ia bagi memastikan supaya setiap Adun merasakan soalan mereka penting kerana kadang-kadang soalan kita jatuh pada giliran ke-300.

“Kalau boleh semua Adun dapat peluang sama kecuali Adun yang tidak menghantar soalan,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Selain itu, Sulaiman turut mencadangkan supaya setiap Adun mendapat giliran bertanyakan dua soalan dalam 100 soalan pertama ketika sesi soal jawab.

“Kalau setiap Adun dapat dua soalan dalam 100 soalan, ia adalah sebagai penghargaan kepada Adun yang bertanyakan soalan itu,” katanya lagi.

EZY


Pengarang :