Selangorkini
NASIONAL

Anwar: “Ekonomi negara tak menantu, mana Najib?”

SHAH ALAM 12 DIS: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bangkit dan menunjukkan kepimpinan tegas berhadapan ketidaktentuan ekonomi.

Anwar berkata ia ekoran kejatuhan harga minyak mentah dunia dan ringgit yang semakin lemah terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).

Anwar PCKatanya, yang lebih menakutkan adalah keadaan ekonomi tidak dikemudi baik dengan ‘nakhodanya’ pula tidak berperanan.

“Di manakah kepimpinan kita? Tidak pernah keluar satupun kenyataan daripada perdana menteri merangkap menteri kewangan mengenai keadaan ekonomi negara dan permasalahan ekonomi yang sedang dihadapi rakyat – dan bebanan ekonomi lebih besar yang bakal mereka hadapi.

“Tiada sebarang tindakan dilakukan dan sebaliknya pemimpin Umno-Barisan Nasional lebih gemar membuat penafian. Sungguh tidak bertanggungjawab Najib dan jemaah menteri membiarkan negara dalam keadaan tergantung dan penuh debaran.

“Rakyat perlukan jawapan. Perdana menteri mesti bertindak segera dan jangan tangguhkan penjelasan,” kata Ketua Pembangkang itu pada satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, dipetik The Malaysian Insider.

EZY


Pengarang :