Selangorkini
NASIONAL

Banjir kian buruk, MB Kelantan arah semua Solat Hajat

SHAH ALAM 23 DIS: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob meminta semua masjid dan surau di negeri itu mengadakan solat hajat bermula hari ini ekoran keadaan banjir semakin “mencemaskan”.

Menurut Ahmad, semua pihak termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Halaqat dan guru pondok diharap mengepalai masyarakat bagi tujuan itu.

Banjir“(Ia) bagi memohon kepada Allah agar dilindungi rakyat negeri Kelantan khasnya dan Malaysia amnya daripada segala musibah banjir yang tidak mampu dihadapi oleh kudrat manusiawi,” katanya dalam kenyataan media.

Musibah banjir, kata Ahmad, adalah ujian Allah yang telah ditetapkan bagi menguji keimanan dan kesabaran hamba-Nya.

“Oleh itu, kita wajib menerima dengan penuh lapang dada dan tabah,” kata Ahmad lagi.


Pengarang :