Selangorkini
SELANGOR

BN perlu segera lantik ketua pembangkang baru

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BANDAR BARU BANGI, 12 DIS: Barisan Nasional (BN) Selangor perlu melantik Ketua Pembangkang di Dewan Negeri Selangor (DNS) baru yang secara automatik memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Kerajaan (PAC).

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, ia bagi memastikan konsep periksa dan imbang dapat dilaksanakan dalam proses demokrasi di negeri itu.

DNS wide 01“Mereka perlu putuskan sebab laporan yang dah diluluskan dewan, Pengerusi PAC itu mestilah Ketua Pembangkang.

“Kalaulah benar Datuk Shamsuddin (Mohd Lias) letak jawatan mereka perlu putuskan siapa Ketua Pembangkang dan akan secara automatik dilantik Pengerusi PAC kecuali mereka tak mahu lantik sesiapa jadi Ketua Pembangkang,” kata Mohamed Azmin di Program Menteri Besar Turun Padang ke Daerah Hulu Langat hari ini.

Jelas Mohamed Azmin, keadaan ini sama seperti mana-mana Dewan Negeri dan Dewan Rakyat yang mempunyai Ketua Pembangkang masing-masing.

Tambah Mohamed Azmin, keengganan pembangkang melantik ketua baru menunjukkan sikap tidak menghormati proses demokrasi.
EZY


Pengarang :