SELANGOR

Larangan DYMM Sultan Selangor mengenai isu kalimah Allah kekal

Oleh: HAFIZAN TAIB

SABAK BERNAM, 18 DIS: Larangan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap penggunaan kalimah Allah dalam kalangan masyarakat bukan Islam, kekal.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata larangan penggunaan kalimah Allah tidak seharusnya dijadikan isu kerana ketetapan telah dibuat supaya tidak menimbulkan kesukaran di kalangan masyarakat.

“Kita mempunyai ketua agama iaitu Sultan Selangor dan ada enakmen sendiri di Selangor.

“Kita menjunjung titah Sultan yang mana tidak dibenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah,” katanya.

Beliau juga diminta mengulas kenyataan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berhubung kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini

“Itu isu yang lain,” kata Ahmad Yunus yang juga Bendahari PAS Selangor.

Media melaporkan Mohamed Azmin sebagai mengulangi pendirian Pakatan Rakyat yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam.


Pengarang :