Selangorkini
SELANGOR

Jelajah Tani 2014 terima sambutan hangat

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 14 DIS: Deretan majlis kenduri-kendara di hujung minggu dan cuti persekolahan tidak menghalang pengunjung membanjiri program Jelajah Tani 2014 di Sungai Burong, semalam.

Lebih 300 orang seawal jam 8 pagi mula mengunjungi perkarangan Masjid At- Taqwa di Kampung Sungai Tengi Kanan bagi menyertai pelbagai acara yang diatur antaranya seperti bowling kelapa, pertandingan memasak, gubahan dan lain-lain.

tani 5

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata penganjuran Jelajah Tani sememangnya khusus dianjurkan untuk menghargai golongan petani, penternak dan nelayan di Selangor.

“Kita mahu menghargai golongan ini yang tanpa kita sedar banyak berjasa kepada kita sama ada membekalkan makanan ruji atau oksigen daripada pokok dan tanaman mereka.

“Kita juga mahu mereka menambah pendapatan melalui program pemodenan pertanian dan keluar daripada tangga kemiskinan daripada RM 800 kepada RM 1,500 sebulan,” katanya di hadapan hadirin di majlis perasmian Jelajah Tani DUN Sungai Burong.

tani 7

Turut hadir Pengurus Pusat Khidmat DUN, Misran Serman.

Zaidy yang segak berbaju kemeja putih sempat membuat tiga balingan bowling kelapa selepas berucap dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Selepas itu, beliau juga meluangkan masa singgah ke gerai-gerai pameran dan bermesra dengan para pengunjung.

DUN Sungai Burong merupakan antara tujuh DUN yang dipilih secara khusus bagi Program Jelajah Tani pada tahun ini.


Pengarang :