Selangorkini
NASIONAL

Mantan CEO TNB meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 20 DIS: Mantan Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad Tan Sri Dr Ani Arope meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada Sabtu.

Allahyarham Ani, 82, meninggal dunia sebelum Subuh kerana penyakit kanser prostat, menurut cucunya Suraya Ali, 32, yang dihubungi Bernama.

ani aropeDilahirkan pada 17 Mei 1932 di Sungai Bakap, Seberang Prai, Pulau Pinang, Allahyarham meninggalkan seorang isteri Puan Sri Saenah Ahmad dan tiga anak selain anak angkat.

Jenazah dibawa ke Balai Islam TNB di Bangsar pagi tadi dan dikebumikan kira-kira 3.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.

Allahyarham merupakan pengerusi eksekutif TNB dari 1992 hingga 1996 selain pernah menerajui beberapa syarikat swasta, institusi pengajian tinggi dan pelbagai organisasi lapor Bernama.

 


Pengarang :