Selangorkini
SELANGOR

Masyarakat desa sambut baik program kampungku, harap promosi lebih besar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LANGAT, 7 DIS: Masyarakat Kampung Batu 9, Kebun Baru, di sini, menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri menjadikan program Kampungku sebagai acara tahunan.

Bagaimanapun, penduduk yang ditemui Selangor Kini berharap pihak penganjur mengadakan promosi lebih besar bagi menarik pembabitan penduduk dan usahawan desa dengan lebih meluas terutama yang ingin membuka perniagaan sepanjang program itu berlangsung.
program masjid4
“Program seperti ini memang bagus sebab dapat menarik orang ramai termasuk golongan muda mendekati masjid.

“Selain itu, acara hujung minggu seperti ini memberi peluang kepada peniaga kampung berniaga, sekali gus memperoleh pendapatan tambahan.

“Cuma, diharap untuk penganjuran akan datang penganjur adakan promosi besar-besaran kerana saya percaya ramai peniaga yang ingin mengambil peluang ini,” kata pekerja swasta, Juliana Johar, 35.

interview masjid ASeoranga lagi penduduk Kampung Batu 9, Bahtiar Sarjuni, 39, pula yakin program yang turut melibatkan acara sukan dan rekreasi itu mampu menarik perhatian anak muda kampung.

“Program ini membuka ruang kemasyarakatan dengan acara sukan dan pengisian dari sudut agama juga ditekankan kepada masyarakat kampung.

“Kami sebagai belia pemangkin ummah akan datang kerana adanya program sukan, sukan rakyat, ceramah agama dan banyak lagi yang mampu menarik minat golongan kami mengimrahkan masjid.

“Cuma,  saya rasa lebih ramai yang akan hadir tahun depan kalau ada promosi lebih besar,” katanya.

Sementara itu, Nazir Masjid Al-Amin, Tauhid Ahmad, yang juga salah seorang Ahli Jawatankuasa Penganjur Program Kampungku berkata, pihak penganjur sentiasa menerima pandangan penduduk.

interview masjidC“Walaupun masa yang diberi sebenarnya agak singkat tetapi syukur kita dapat jayakan majlis ini, kami akan perbaiki kekurangan kalau ada lagi program seperti ini akan datang,” katanya.

Terdahulu, Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi merasmikan program Kampungku Batu Sembilan Kebun Baru Kesayanganku.

Antara acara menarik diadakan dalam program sehari itu termasuk sukaneka, sunathon, ‘explorace’, klinik memanah, keluarga misteri, tarik tali, pertandingan dart, forum perdana yang disertai penceramah dan selebriti terkenal.

-NFN-


Pengarang :