Selangorkini
SELANGOR

MB kepada Chegubard: ‘enough of politicking’, kini masa bekerja

Oleh : Naeem Raffi

SHAH ALAM, 14 DIS : “Sekarang masa saya bekerja untuk rakyat, ‘enough of politicking‘,” demikian reaksi Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali kepada pemberita hari ini.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan aktivis PR, Badrul Hisham Shaharin yang sering mengkritik beliau sejak kebelakangan ini.

Azmin“Kita ada banyak program dalam Belanjawan Selangor 2015 yang perlu dilaksanakan dan saya tidak mahu belanjawan yang baik diatas kertas gagal diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaannya.

“Saya dan pasukan perlu bekerja keras memastikan semua yang dirancang untuk rakyat berjaya dilakasana. Cukup-cukuplah berpolitik, saya nak maju kehadapan. Ingatlah, bahawa rakyat sudah letih dengan politik seperti ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Sumbangan Bantuan Program Kembali ke Sekolah anjuran Pekawanis di Dewan Megawati, hari ini.

Badrul Hisham Shaharin AMK Negeri SembilanSebelum ini, Badrul antara lain mendakwa lima orang ADUN Selangor menarik balik sokongan ke atas presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beberapa hari sebelum Azmin dilantik sebagai Menteri Besar.

Pada 12 Disember lepas, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa Badrul menghentikan kritikan ke atas Azmin Ali dan membiarkan menteri besar itu menjalankan tugasnya.

“Jika ada aduan, Badrul boleh rujuk kepada jawatankuasa disiplin.

“Badrul berhak untuk mengadu, tapi bagi kes ini, beliau perlu beri ruang kepada Azmin untuk jalankan tugas sebagai MB,” kata Anwar.


Pengarang :