Selangorkini
SELANGOR

MB mahu pupuk persaudaraan Islam yang lebih erat

AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 1 DIS: Majlis Zikir Munajat Untuk Keselamatan Ummah berlangsung sederhana tetapi meriah di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar, semalam.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang segak berjubah putih hadir bersama pemimpin Pondok Pesantren al-Qodiri Jember dari Indonesia, Kiai As-Sheikh Kh Achmad Muzakki Syah.

zikirmb5

Turut hadir sama Exco Kerajaan Selangor, Amiruddin Shari dan Dr Daroyah Alwi, dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei.

Mohamed Azmin dalam ucapan ringkasnya berharap Majlis Zikir Munajat seperti ini dapat mengeratkan jemaah disamping memohon rahmat daripada Allah SWT.

“Mudah-mudahan dengan zikir munajat ini kita mohon kepada Allah supaya rakyat dan Negeri Selangor dapat rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT,” katanya.

Majlis Zikir Munajat dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah sebelum diteruskan dengan alunan selawat yang dipimpin oleh Rizuan Samsudin daripada Pondok Darussolihin.

zikirmb4

Acara disusulialunan selawat kepada Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW yang dipimpin oleh Kiai As-Sheikh Kh Achmad Muzakki Syah.

Majlis Zikir Munajat yang dihadiri hampir 200 jemaah diakhiri dengan solat hajat.


Pengarang :