Selangorkini
SELANGOR

MB: Selangor tak layan pelampau agama, kekal keharmonian masyarakat majmuk

Oleh: AFIX REDZUAN

KLANG, 6 DIS: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengaku lega selepas pemulangan kitab Bible dan merungkai penyelesaian terbaik selepas isu berlarutan, sejak Januari lalu.

Beliau berkata, amalan toleransi dan saling menghormati penting kerana Selangor dan Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum.

“Bagi pihak Kerajaan Selangor, saya rasa gembira akhirnya Bible dipulangkan kepada masyarakat Kristian.

DSC_0017“Ia satu keputusan yang bukan senang dibuat kerana banyak tekanan dan dipengaruhi kumpulan tertentu,” katanya di hadapan kira-kira 250 tetamu pada Majlis Sambutan Krismas peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Andalas, di sini, semalam.

Hadir sama ADUN Sri Andalas, Xavier Jeyakumar dan ADUN Meru, Dr Rani Osman serta beberapa pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Klang.

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan muzikal oleh BEC Sentosa D yang menyampaikan lagu sempena perayaan Krismas, selain tarian kebudayaan Negeri Sarawak.

IMG_6879Pada 14 November lalu, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengarahkan pemulangan 351 Bible mengandungi perkataan ‘Allah’ yang dirampas awal tahun ini kepada Pesatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS) ketika kunjungan hormat Pengerusi ACS,  Most Reved Archbishop, Datuk Bolly Lapok, di Istana Alam Shah, Klang.

Sehubungan itu, Mohamed Azmin berkata, kumpulan pelampau agama tidak mempunyai tempat di Selangor dan keharmonian masyarakat berbilang kaum akan terus dikekalkan.

-NFN-


Pengarang :