Selangorkini
SELANGOR

MPAJ Juara Liga Futsal Piala Dato’ MB Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

AMPANG,15 DIS: Pasukan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dinobatkan juara Kejohanan Liga Futsal Piala Dato’ Menteri Besar selepas berjaya menundukkan pasukan Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Ampang Puteri pada perlawanan akhir.

Dalam pertembungan diadakan di Sport Planet, Ampang itu, MPAJ menang tipis terhadap KPJ Ampang Puteri dengan tiga berbalas dua.

futsalmb1Sebagai juara MPAJ menggondol hadiah wang tunai RM3,000 dan piala iringan, manakala KPJ Ampang Puteri pula membawa pulang wang tunai RM2,000.

Kemenangan MPAJ lebih bermakna apabila pemain mereka, Azizi Azman turut dianugerahkan pemain terbaik kejohanan sementara itu penjaga gol Ampang Puteri Muhammad Nasrun dianugerahkan penjaga gol terbaik kejohanan.

Manakala team Court Soccer menduduki tempat ketiga selepas menewaskan AMK Titiwangsa dalam pertembungan menentukan tempat ketiga dan keempat yang dilangsungkan sebelumnya malam tadi.

Hadiah kemenangan disampaikan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Kejohanan Liga Futsal Piala Dato’ Menteri Besar bermula pada 8 November dan menerima penyertaan 64 pasukan dari seluruh Selangor.

Pasukan itu dipecahkan kepada dua kumpulan dan dilangsungkan di Dataran Futsal, Taman Melawati dan Dataran Anak Muda Futsal Bukit Antarabangsa.

EZY


Pengarang :