Selangorkini
SELANGOR

PAS Selangor: Sumbangan masih diperlukan untuk bantu mangsa banjir

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 28 DIS : Orang ramai diminta untuk terus menghulurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk bagi membantu puluhan ribu mangsa yang terlibat dengan bencana banjir di kawasan Pantai Timur.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata mereka yang ingin membuat sumbangan boleh menghubungi pejabat PAS kawasan, cawangan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Penyelaras Kawasan Dewan Negeri.

10891803_925483960796117_997360194497556118_nSelain itu, katanya mereka juga boleh mengunjungi Pusat Pengumpulan PAS Selangor di Dewan Merbau, Jalan Senangin 17/2, Seksyen 17, Shah Alam.

“Untuk sumbangan kewangan, segala sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam 12010010006093 di atas nama Perhubungan PAS Negeri Selangor.

“Sila hubungi Setiausaha Perhubungan, Mohd Khairuddin Osman di talian 0172245351 setelah menyumbang supaya kami dapat menyalurkan sumbangan anda,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Iskandar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata PAS Selangor masih menerima sumbangan daripada orang ramai berbentuk kewangan, makanan dan kelengkapan untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

Beliau berkata PAS Selangor turut menyerahkan sumbangan kewangan berjumlah RM100,000 kepada Kerajaan Kelantan di Pusat Khidmat Adun Panchor, Pengkalan Chepa, semalam.

“Penyerahan itu disaksikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Shafie Ngah.

“Walaubagaimanapun, bantuan masih diperlukan untuk membantu mangsa-mangsa banjir tersebut.

“Konvoi dari Selangor juga bertolak ke Pantai Timur membawa bahan makanan dan kelengkapan hampir setiap hari,” katanya lagi.

EZY

 


Pengarang :