SELANGOR

Pemaju gagal kemuka pelan bangunan, MPKj tak boleh keluar CF

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 DIS: Kegagalan pihak pemaju untuk mengemukakan pelan bangunan menyebabkan Majlis Perbandaran kajang (MPKj) tidak dapat mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF) kepada penduduk di Taman Shahjaya, Kajang.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, Taman Shahjaya mendapat Kebenaran Merancang (KM) pada awal 1980-an, namun pemaju tiada inisiatif mengemukakan pelan bangunan sehingga kini.

rumah“Penduduk sudah lama menduduki rumah teres setingkat itu sejak akhir 1980-an membabitkan 91 unit rumah dan cukai pintu yang mula dikutip sejak tahun 2002.

“Saya mencadangkan supaya kes begini dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri atau SPC akan datang bagi menyelesaikan isu yang masih tertunggak di seluruh Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mulut daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Kajang) berhubung status Taman Shahjaya yang tidak mendapat CF pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

iskandarPada masa sama, Iskandar (PAS-Chempaka) memaklumkan tiada kajian dibuat Unit Kejuruteraan MPKj untuk menentukan kadar jangka hayat bangunan lama sehingga kini.

Sehubungan itu, katanya, satu kajian terperinci berhubung perkara itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

“Satu kajian akan ditetapkan di bawah Unit Bangunan PBT masing-masing untuk membuat kajian berkaitan dengan bangunan lama di setiap PBT seluruh Selangor,” katanya.

-NFN-


Pengarang :