Selangorkini
SELANGOR

Penarikan darjah kebesaran Anwar, Mohamed Azmin kata ‘no comment’

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 4 DIS: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali enggan mengulas berhubung penarikan kembali darjah kebesaran ‘Datuk Seri’ yang dikurniakan  DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuatkuasa 3 November lalu.

Ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (DANA-SEL) di Foyer SUK, hari ini, Mohamed Azmin dengan sopan memilih untuk tidak menjawab soalan yang diajukan berhubung perkara itu kepadanya.

anwar“No comment,” katanya ringkas kepada pemberita.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam satu kenyataan media, berkata penarikan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) itu diputuskan baginda Sultan Selangor selepas berunding dengan Dewan Di-Raja Selangor.

Katanya, darjah kebesaran yang diberikan pada 1992 itu ditarik balik Istana Selangor berikutan tindakan dan perlakuan Anwar sejak akhir 2013 yang mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor dan institusi raja.

Ia membabitkan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor dan hal berkaitan isu agama Islam, yang mana DYMM Sultan mempunyai kuasa eksekutif sebagai Ketua Agama.

-NFN-


Pengarang :