Selangorkini
KENYATAAN MEDIA

PKR Pulau Pinang gerak misi bantuan banjir

Oleh: DATUK MANSOR OTHMAN

Situasi banjir yang melanda di negeri-negeri di pantai timur Semenanjung, khususnya Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak mendorong Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang mengerakkan jenteranya di seluruh negeri untuk meneruskan bantuan kepada mangsa banjir.

Keadilan Pulau Pinang melalui beberapa misi sebelum ini akan terus menyalurkan bantuan kemanusiaan berupa barangan makanan, perubatan dan keperluan harian pada 31 Disember depan diikuti misi bantuan pada 4 dan 10 Januari 2015.

Misi bantuan pada 31 Disember akan mengagihkan bantuan kecemasan berupa makanan asas, air mineral, biskut, sardin dan mee segera (cawan).

Pusat Pengumpulan Bahan Bantuan juga telah dibuka di lima kawasan di seluruh negeri bagi membantu orang ramai untuk menyalurkan sumbangan kecemasan bagi meringankan bebanan dan trauma para mangsa banjir.

Bantuan boleh disalurkan di :
1. Pejabat Ranting PKR Tanjong, di 181 Jalan Arglly, Georgetown. (Depan Sek. Men.
Perempuan Al-Mashoor, ( Fauzi – 019-4742408 )
2. Pejabat PKR Balik Pulau di Pejabat Penyelaras KADUN Pulau Betong, 149 C, Mukim E, Titi
Teras Balik Pulau. (04-8660214), (Hj Mohd Tuah – 019-4708811), (Hj. Bakhtiar-019-
5709500).
3. Pusat Khidmat Ahli Parlimen Nibong Tebal, YB Dato’ Dr Mansor Othman di 35 Lorong
Keramat Permai 1, Taman Keramat Permai, Nibong Tebal ( 04-5394703)
4. PKR Bukit Mertajam di Galeri Pejuang Cherok Tokkun, (Zulkifli Saad – 013-4362846)
5. Yayasan Aman Penanti, Bukit Mertajam.( Rodzi Hamid – 019-5252552)

Sumbangan wang tunai atau chek boleh disalurkan ke Tabung Bantuan Banjir Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang, ke akaun Parti Keadilan Rakyat bernombor 024-01-000-315 (Hong Leong Islamic Bank).

Selain bantuan makanan, orang ramai dialu-alukan menyumbang pakaian baru, diapers, ‘dapur portable’, toto, selimut, lampu suluh dan barangan keperluan wanita.

Pihak kami juga memerlukan sumbangan untuk bantuan keperluan pasca banjir berupa ‘water jets’, hose, ‘portable LED lamps’ dan peralatan mencuci. Para sukarelawan dialu-alukan dan boleh mendaftar diri di pusat-pusat pengumpulan yang dinyatakan.

Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang juga telah melancarkan Tabung Bantuan Banjir di mana setiap Exco PKR, Adun, Ahli Majlis PBT dan Pimpinan Cabang akan menyumbang pendapatan sehari masing-masing ke tabung berkenaan.

# Datuk Mansur Othman adalah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri


Pengarang :