Selangorkini
NASIONAL

Rafizi pertahan ucapan ‘cincin mahal’ Rosmah di mahkamah

SHAH ALAM 9 DIS: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli tetap mempertahankan ucapan beliau berkaitan ‘cincin mahal’ Datin Seri Rosmah Mansor di mahkamah kelak.

Katanya, jawapan kepada surat tuntutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya itu dihantar melalui peguamnya, N Surendran dan Tetuan Daim Gamany.

najibrosmah_400_289_100_270_195_100“Ucapan saya tuturkan itu sememangnya berkepentingan awam kerana ia bersabit dengan dasar negara.

“Ia berdasarkan tindakan Najib menghapuskan subsidi pada ketika pembaziran terus berlaku adalah betul dan saya akan pertahankan ucapan itu di mahkamah kelak,” jelas Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam kenyataan hari ini.

Pada 4 Disember lalu, Najib dan Rosmah menghantar surat guaman menyaman Rafizi ekoran kenyataannya berkaitan ‘cincin mahal’ Rosmah dalam program di Kuala Lumpur yang disiarkan di Youtube.

EZY


Pengarang :