SELANGOR

Selangor tambah peruntukan rumah ibadat bukan Islam RM3 juta

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 2 DIS: Kerajaan Selangor mengumumkan pertambahan peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam berjumlah RM6 juta untuk tahun 2015.

Perkara itu dimaklumkan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim, sekali gus menyaksikan angka ini mengatasi jumlah peruntukan sebelum ini iaitu RM3 juta.

Katanya, peruntukan yang diluluskan di dalam Rang Undang-Undang Perbekalan dan kini sudah memasuki peringkat Usul Perbekalan akan dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu agama Kristian Katolik, agama Hindu/Sikh bagi kaum India dan agama Buddha serta tokong Cina.

Gereja Our Lady of Lourdes KlangDengan penambahan peruntukan itu membolehkan pembelajaran agama, selain Islam dapat dipertimbangkan untuk dinaikkan dan bergantung kepada kelulusan Exco bertanggungjawab.

Katanya, buat masa ini,  Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong bertanggungjawab memberikan kelulusan peruntukan kepada agama Kristian dan Katolik, manakala agama Hindu/Sikh di bawah tanggungjawab V Ganabatirau, sementara beliau akan menguruskan peruntukan bagi agama Buddha serta tokong Cina.

“Sebelum tahun ini, persefahaman yang dicapai Exco ketika itu adalah agama Kistian dan Katolik diberikan RM1 juta, agama Hindu/Sikh RM1 juta, manakala agama Buddha dan tokong Cina juga RM1 juta.

teng Chang kim“Pada masa sama, perkara ini dibincangkan dan beberapa faktor diambil kira termasuk komposisi penganut agama, maka dipersetujui pada masa itu bahawa agama Kristian dan Katolik diberikan peruntukan RM500,000, agama Hindu/Sik mendapat RM1 juta dan agama Buddha dan tokong Cina berjumlah RM1.5 juta.

“Mengikut penambahan ini, agama Kristian dan Katolik menerima RM1 juta, agama Hindu/Sik RM2 juta, manakala agama Buddha dan tokong Cina mendapat RM3 juta,” katanya.

Chang Kim berkata, peruntukan itu juga merangkumi perkara membaikpulih dan pembinaan semula rumah ibadat yang usang serta kelas pelajaran agama masing-masing.

Menyentuh soal peruntukan yang dijaganya, beliau memaklumkan setiap persatuan dijangka akan mendapat peruntukan berjumlah RM10,000.

-NFN-


Pengarang :