Selangorkini
SELANGOR

SelangorKini & TVSelangorku menang anugerah media MBPJ

Oleh : AFEEQA AFEERA

PETALING JAYA: TVSelangorku menerima Anugerah Media Baru bagi kategori tv internet pada Majlis Apresiasi Media Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, hari ini.

TVSelangorku menang menerusi segmen Apa Khabar Selangor (AKS) kendalian Allahyarham DJ Mansor yang mengupas pelbagai isu.

Hadiah sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000 disampaikan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad.

afeIMG_9141

TVSelangorku adalah segmen webtv dalam penerbitan SelangorKini sebagai media rasmi Kerajaan Selangor melalui anak syarikat, Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB).

Pemangku Ketua Jurugambar Selangor Kini, Muhammad Asri Sapfie pula menang Anugerah Penghargaan Fotografi.

Beliau gembira apabila terpilih mengungguli anugerah berkenaan, menewaskan calon lain yang lebih berpengalaman.

“Saya terharu kerana ini pertama kali sertai pertandingan foto sebagai pengamal media. Terima kasih MBPJ,” katanya yang membawa pulang wang tunai RM1,000 dan sijil penghargaan.

Antara kategori lain ialah Anugerah Kewartawanan Media Cetak (Penulisan Akhbar Terbaik), Hadiah Penghargaan Media Cetak (Pelbagai Bahasa) dan Hadiah Penghargaan Media Televisyen.

Penganugerahan sebagai menghargai pengamal media yang membuat liputan berkaitan MBPJ, selain mengerat hubungan silaturrahim di kalangan media dan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

 


Pengarang :