Selangorkini
KENYATAAN MEDIA

Selesaikan masalah pengangguran dahulu

Oleh: MOHD SOLIHIN CHE ROZALI

Merujuk kepada kenyataan Tan Sri Hj. Muhyiddin Hj. Yassin tempoh hari, saya menyokong cadangan dan usul pihak Kementerian Pendidikan Malaysia agar pelajar di Malaysia harus menguasai tiga bahasa utama negara.

Usaha ini sangat penting dan harus disambut baik oleh para pelajar sesuai dengan keadaan Negara yang kian membangun.

universitiWalaubagaimanapun, pada pandangan saya, berkenaan dengan cadangan Tan Sri Hj. Muhyiddin Hj. Yassin untuk membawa masuk pakar-pakar dari China sebagai tenaga pengajar bahasa Mandarin dan Matematik di sekolah-sekolah kebangsaan bermula tahun hadapan bukanlah suatu tindakan yang bijak dan tepat buat masa sekarang.

Ini kerana, saya melihat kadar pengangguran graduan pendidikan di Malaysia amat tinggi dan masih berada pada tahap yang membimbangkan.

Masih ramai para graduan pendidikan di negara kita tidak mendapat tempat di sekolah-sekolah kebangsaan dan masih ramai dalam kalangan mereka yang menguasai bahasa mandarin dan mahir dalam bidang tersebut.

Saya mengharapkan agar cadangan ini diteliti semula dan isu penempatan siswazah tempatan harus diselesaikan terlebih dahulu oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

MOHD SOLIHIN CHE ROZALI
Students’ Representatitive Council 2014/2015
Kulliyyah of Education
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Pengarang :