Selangorkini
KENYATAAN MEDIA

Tubuhkan Majlis Pembangunan pasca bencana & pulangkan royalti

Oleh: Mohd Nasaie Ismail
Banjir besar yang melanda negeri Kelantan dan beberapa negeri lain di semenanjung Malaysia akan meninggalkan kesan besar kepada ekonomi dan sosial rakyat. Mengambil tauladan banjir besar yang pernah melanda negara China suatu masa dahulu, ia bukan sekadar menyebabkan kerosakan fizikal kepada infrastruktur dan harta benda, tetapi juga mendatangkan penyakit taun secara berleluasa selepas sahaja banjir.

Rentetan itu, ramai penduduk China mengambil tindakan menjadi migrasi ke beberapa buah negara Asia Tenggara untuk membaiki hidup mereka. Begitu juga hal yang sama melanda beberapa buah negara Afrika dan benua kecil India yang berdepan dengan bencana besar seumpama ini.

10885224_895647787133550_9055944598579115303_nJika dilihat situasi banjir yang masih lagi belum surut di negeri Kelantan secara khususnya dan juga Terengganu, Pahang dan negeri-negeri lain, kerosakan berlaku begitu teruk. Kerosakan fizikal boleh dilihat pada bangunan-bangunan seperti rumah , kenderaan, perniagaan dan jalan raya.

Begitu juga penternakan, tanaman, sawah padi, kemudahan awam, kerosakan dan pencemaran alam sekitar musnah dalam banjir ini. Lebih dibimbangi kesan-kesan bukan fizikal seperti kematian, trauma dan penyakit selepas banjir yang akan memberi bebanan berganda kepada penduduk yang menjadi mangsa dan bukan mangsa banjir.

Oleh itu, ia memerlukan kerjasama erat semua pihak dengan mengenepikan kepentingan politik mahupun peribadi untuk sama-sama membangunkan kembali kawasan bencana ini seperti sediakala. Oleh itu Pemuda PAS Malaysia mengesyorkan supaya diwujudkan sebuah ‘Majlis Pembangunan Pasca Bencana’ yang akan memainkan peranan dan memulihkan dan membangunkan semula penduduk dan kawasan-kawasan dilanda bencana.

Majlis ini mestilah disertai semua pihak yang melibatkan wakil kerajaan persekutuan dan negeri, pihak swasta, institusi kewangan, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga ahli akedemik. Mengambil pengajaran tsunami yang melanda negeri Acheh, bencana tersebut telah membuatkan semua pihak yang bertelagah melakukan gencatan politik dan meletakkan fokus menyelamat dan membangunkan semula negeri tersebut dengan bantuan pelbagai pihak khususnya badan-badan bukan kerajaan antarabangsa.

Maka hal yang sama mesti dilakukan di negara kita. Walaupun negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS menjadi fokus ketika ini, majlis ini boleh dijadikan model pengurusan pasca bencana kerana banjir sebegini boleh berlaku juga di negeri-negeri lain.

Majlis ini akan berperanan menyelaras kerjasama semua pihak dalam membangunkan semula kediaman penduduk yang rosak dan hilang serta kemudahan-kemudahan awam. Ia juga boleh mencari jalan menyelesaikan masalah hutang kenderaan yang rosak akibat banjir.

Begitu juga dengan bantuan pemulihan perniagaan, penternakan dan pertanian yang menjadi sumber pendapatan penduduk. Di samping itu, pemulihan trauma, rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit boleh diselaraskan oleh majlis ini dengan bantuan NGO-NGO dan sukarelawan dari seluruh negara.

Dalam masa yang sama, kerajaan persekutuan mestilah berjiwa besar untuk
mengembalikan wang royalti kepada negeri Kelantan.

*Mohd Nasaie Ismail adalah Ketua Penerangan Pemuda PAS


Pengarang :