Selangorkini
SELANGOR

Amirudin pengurus baharu pasukan bola sepak Selangor

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 29 JAN: Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Amirudin Shari sebulat suara dipilih Jawatankuasa Pasukan Negeri dan Pertandingan Antarabangsa Pasukan Bola Sepak Selangor (FAS) menyandang jawatan pengurus pasukan.

Dato’ Menteri Besar yang juga Presiden FAS, Mohamed Azmin Ali berkata, gandingan pemimpin muda bersama tokoh berpengalaman dapat membantu Selangor menggenggam piala musim ini.

_MG_2894 copy“Kita juga mengambil langkah proaktif dan drastik termasuk penajaan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pihak swasta.

“Sehingga petang ini sambutan diterima daripada pihak yang berminat amat baik. Sebelum ini, bajet sekitar RM8 juta namun tahun ini pastinya lebih daripada itu,” katanya.

Terdahulu, beliau menyertai majlis pertemuan bersama pemain pasukan Selangor serta pihak pengurusannya di Stadium Shah Alam, di sini, petang ini.

_MG_2714 copySelain Amirudin, bekas Presiden PKNS FC, Noor Hisham Mohd Ghouth dilantik sebagai timbalan pengurus pasukan.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, pas bermusim akan diumumkan sebelum perlawanan ‘home game’ di Selangor, pada 21 Februari ini.

“Untuk itu, kita akan adakan pertemuan dan perbincangan bersama penyokong untuk menentukan beberapa perkara termasuk isu keselamatan tiket,” katanya.

-NFN-


Pengarang :