Selangorkini
SELANGOR

Azmin adil laksana Kidex, lulus jika syarat dipenuhi

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 JAN: Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin yakin kepimpinan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan bertindak adil dalam pelaksanaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).

Bee Yin berkata, Mohamed Azmin pasti akan bertindak seperti yang disebut dalam Dewan Negeri Selangor, pada November lalu.

kidex1Katanya, Kerajaan Negeri juga akan memastikan segala syarat ditetapkan dipenuhi sebelum kelulusan Kidex diberikan.

“Selain itu, laporan impak trafik juga perlu diteliti dengan melihat kepada laporan positif.

“Jika negatif, maka tidak ada keperluan untuk Kidex diteruskan dan saya yakin Kerajaan Negeri juga akan bertindak bijak demi rakyat,” katanya kepada Selangor Kini.

Semalam, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Mohamed Azmin meluluskan Kidex yang didakwa mampu meleraikan masalah trafik terutama di Petaling Jaya.

yeo-bee-yinTerdahulu, Mohamed Azmin meletakkan tiga syarat yang harus dipenuhi pemaju lebuh raya, Kidex Sdn Bhd sebelum kelulusan diberikan Kerajaan Negeri.

Antaranya, Kidex Sdn Bhd perlu mengemukakan secara terperinci perjanjian konsesi bersama Kerajaan Pusat.

Dua syarat lain adalah pengumuman menyeluruh cadangan kadar tol dan pulangan projek Kidex termasuk pemilikan saham syarikat serta bukti keseluruhan kesan penilaian projek itu memberikan manfaat kepada pengguna juga penduduk Petaling Jaya.

-NFN-


Pengarang :