Selangorkini
SELANGOR

Car Boot Sales peluang masyarakat tambah pendapatan

SUBANG JAYA 26 JAN: Program Car Boot Sales membantu masyarakat memperolehi pendapatan tambahan dengan modal kecil serta tidak memerlukan gerai atau khemah jualan.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata program itu turun menggalakkan interaksi masyarakat dan peluang bertemu di kalangan komuniti.

10410500_828179383910483_6732635507538443972_n“Dengan hasil jualan barang-barang terpakai, walaupun sedikit ianya membantu memenuhi keperluan harian.

“Diharap program ini terus berjaya dan memberikan impak kepada Selangor berikutan Tahun 2015 adalah Tahun Melawat Selangor,” kata Hannah.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Program Car Boot Sales Keamanan di Kompleks 3C Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata program itu dianjurkan setiap Ahad bermula jam 8.00 pagi sehingga 12 tengah hari mula dilaksanakan sejak 4 Januari.

Katanya, program itu dianjurkan bagi memperkenalkan bangunan Kompleks 3C MPSJ kepada komuniti dan memberi peluang peniaga kecil-kecilan menjual barangan secara bundle pada harga murah.

Sekiranya berminat, peniaga boleh terus ke lokasi tapak Car Boot Sales pada hari Ahad atau menghubungi Puan Adilia di talian 03-5370279 atau Nazim di talian 017-6571555.

EZY


Pengarang :