Selangorkini
SENI

Etnografi: Menulis seluas mungkin

OLEH RAJA YUSOFF ARIFFIN

Antara karya sastera yang se-ring dianggap sebagai tidak ilmiah ialah puisi.

Selain kerana ruangnya terhad, tidak seperti cerpen, novel dan drama pentas; penyair terpaksa mendepani cabaran dan kesukaran memilih bahasa yang padat tetapi indah.

Namun, Pensyarah dari Jabatan Sains Kemanusiaan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Aris Arif Mundayat, percaya ia boleh diubah melalui penghasilan etnografi.

Etnografi memberi peluang kepada penyair untuk menulis seluas dan sedalam mungkin. Karya tidak hanya bersifat puisi tetapi ada unsur puitika.

Dr Aris berkata demikian ketika membentang kertas kerja dalam Wicara Buku: Kumpulan Puisi Kasih Bonda – Kampung Paya Kami (KB-KPK) di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) baru-baru ini.

Majlis itu anjuran DBP Wilayah Tengah bersama-sama dengan Seniman Paksi Rakyat (Paksi).

Turut menjadi ahli panel ialah Pe-ngarang KB-KPK, Prof Dr Siti Zainon Ismail, pensyarah di Jabatan Sejarah Seni dan Estetika, Universiti Malaysia Sabah. Presiden Paksi, Dinsman sebagai pemudah cara.

Bagi Dr Aris, KB-KPK terbitan DBP pada 2008 dan diulang cetak pada 2014 bukan sekadar kumpulan puisi tetapi buku etnografi dalam bentuk puisi.

Ia aspek berkait rapat dengan prinsip ilmiah. Antara hujahnya ialah kampung yang mengalami perubahan akibat pembangunan terlukis dalam sketsa kumpulan puisi itu. Kebetulan pula, Dr Siti Zainon seorang pelukis.

Sketsa dalam KB-KPK menyentuh soal infrastruktur seperti rumah dan sekolah dan ada ikatan sosial dengan keagamaan (masjid).

Ini mendorong Dr Aris melihat Dr Siti Zainon sebagai 50 peratus seorang karyawan dan 50 pe-ratus ilmuwan masyarakat.

Antara kelebihan penulisan karya etnografi ialah pembaca boleh berdialog dengan karya dan proses itu diulang berlapis-lapis.

Contoh, puisi Mari Belajar Kira-Kira menampilkan unsur perubahan seperti soal bahasa Melayu, etika berpakaian guru Melayu dan guru Inggeris.

Dr Siti Zainon hanya memberi tanda dalam etika berpakaian. Bagaimanapun, beliau akhirnya me-
nyerahkan kepada selera pembaca.

Dalam puisi Surau Tinggi Kami pula, terdapat dua jenis pendidikan iaitu agama dan moden. Keadaan pelajar mempelajari Jawi dan isu pendidikan seks dalam masyarakat Melayu Islam juga dipaparkan.

Etnografi puisi statik tetapi menjelaskan begitu banyak konsep. Peraturan hidup manusia turut dipaparkan termasuk percintaan sebelum bernikah.

Terdapat juga aspek sosio eskonomi dalam kampung yang ditampilkan menerusi puisi Hari Ibu Bapa. Anak-anak ditanya cita-cita mereka. Ada berharap anak mereka menjadi cendekiawan seperti profesor universiti.

Dalam KB-KPK, Dr Siti Zainon juga banyak menceritakan sejarah kelahirannya dan pembukaan Kampung Banda Dalam yang diteroka sekitar 1860-an, lebih awal daripada kedatang-an Yap Ah Loy.


Pengarang :