Selangorkini
NASIONAL

Jambatan Kg Baru, Bentong ditutup sementara

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) : Jambatan Kampung Baru di Bentong, Pahang ditutup sementara bagi semua kenderaan berikutan hakisan tanah yang teruk akibat arus deras oleh hujan lebat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata penutupan sementara itu berkuat kuasa serta-merta sehingga ke suatu tarikh yang diberitahu kelak.

10931183_1002042526479166_3983895198085326395_o“Kawasan terbabit telah berlaku hakisan tanah yang teruk akibat arus deras dan disahkan tidak selamat kepada semua lalu lintas.

“Pengguna jalan raya yang melalui Bentong untuk ke Raub disarankan menggunakan laluan alternatif iaitu Bentong-Lebuhraya Karak-Cinta Manis-Sertik-Mempaga atau Lebu-Raub atau Sertik-Krau Raub,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.


Pengarang :