Selangorkini
NASIONAL

Kerajaan Kelantan hulur sumbangan kepada Amirul Shazrie

Oleh: HAFIZAN TAIB

GOMBAK, 13 JAN: Kerajaan Kelantan menghulurkan sumbangan kepada Amirul Shazrie Azhar Shah yang mengalami kecederaan akibat terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke Kelantan bagi membantu mangsa banjir, baru-baru ini.

amirul01Dalam kejadian itu, Amirul Shazrie menaiki motosikal bersama sahabat baiknya, Fajrul Iman , yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Sumbangan Kerajaan Kelantan disampaikan Presiden Perakan Malaysia, Ir Hamzah Abdul Rahman.

Hadir sama, ADUN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan; Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi dan rombongan PAS Gombak.

-NFN-


Pengarang :