Selangorkini
SELANGOR

Khusrin: Sebahagian kakitangan dipecat kembali bekerja dengan PKNS

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 JAN: Sebahagian dari kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang ditamatkan kontrak, pada Febuari lalu sudah kembali berkhidmat dengan anak syarikat milik Kerajaan Negeri itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, sementara bakinya pula sudah mendapat perkerjaan dengan syarikat lain dan masih menganggur.

“Dia bekerja balik dengan PKNS tetapi dengan jawatan lain dan gaji berbeza.

pkns-logo“Sebahagian lagi dah berkerja di tempat lain dan ada juga yang masih menganggur. Ini kita akan tengok satu persatu untuk tempatkan di anak syarikat Kerajaan Negeri.

“Ia akan makan masa sikit dan Insya Allah, bonus mereka kita boleh bagi, tak ada masalah,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan bilangan dan bila kakitangan yang ditamatkan kontrak itu menyambung perkhidmatan mereka dengan PKNS.

Mohammed Khusrin MunawiMohammed Khusrin berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan yang dikemukakan PKNS sebelum ini.

Berhubung proses tindakan mahkamah yang diambil kumpulan pekerja yang ditamatkan kontrak itu, Mohammed Khusrin berkata, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan kumpulan terlibat bagi penyelesaian luar mahkamah.

Bagaimanapun, jelas beliau, keputusan itu tertakluk kepada persetujuan kedua-dua belah pihak.

-NFN-


Pengarang :