Selangorkini
SELANGOR

Konsesi patut segerakan muktamad struktur perjanjian air

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 22 JAN : Tindakan syarikat konsesi yang didakwa melengahkan perjanjian penstrukturan air di Selangor dipercayai untuk memberi desakan kepada Kerajaan Negeri supaya meningkatkan jumlah pampasan yang dibayar.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata syarikat konsesi terbabit sepatutnya menyelesaikan segala urusan membabitkan pemegang saham dan pihak bank pada pertengahan Januari ini berdasarkan perjanjian induk yang dipersetujui sebelum ini.

airbaruKatanya tindakan melewatkan perjanjian penstrukturan air akan menyebabkan Kerajaan Selangor terpaksa menunggu lebih lama bagi menguruskan industri air demi kepentingan rakyat pada masa depan.

“Isu ini mungkin berkaitan dengan cubaan mendesak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan supaya mengkaji semula bayaran pampasan yang akan dibayar kepada mereka,” katanya kepada Selangor Kini.

Dato Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata tiada tarikh lanjutan mana-mana syarikat konsesi bagi memuktamadkan perjanjian penstrukturan air Selangor.

Katanya segala proses berhubung perkara itu akan berlangsung seperti ditetapkan.

EZY


Pengarang :