Selangorkini
SELANGOR

MBSA, MPSJ perinci kertas kerja Kota Seni

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 28 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperinci aset dan potensi seni serta kebudayaan miliknya untuk dipakejkan dalam pembangunan Kota Seni.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, semua input yang diterima sedang diperinci dan dipakejkan sebelum dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), pada pertengahan Februari ini.

laman seni seksyen 7 MB 10a“Sebahagian program berlangsung, cuma dari segi pakej dan penjenamaan kota seni itu masih di peringkat pembangunan.

“Jawatankuasa sedang membuat kertas kerja yang akan dibentangkan dalam mesyuarat exco yang dijangka, pada pertengahan Februari atau awal Mac untuk pelaksanaan pembangunan Kota Seni yang lebih menyeluruh,” katanya di sini, hari ini.

Selangor ibarat ‘rumah besar’ bagi seniman negara apabila negeri itu menghimpunkan karyawan dan seniman yang ramai berbanding negeri lain.

amirudin shariBermula 2015, Kerajaan Negeri komited membangunkan Kota Seni dengan mengangkat bandaraya Shah Alam dan Petaling Jaya sebagai wilayah pelaksana bertujuan meningkatkan penglibatan sektor ekonomi kreatif tempatan dalam ekonomi kreatif global yang sedang maju serta pesat.

Kota Seni atau Kreatopolis memanfaatkan sepenuhnya potensi golongan seni di negeri itu yang mempunyai aset besar dan perlu dimaksimumkan, bahkan akan meningkatkan kualiti warga bandar.

“Pembangunan Kota Seni ini tidak hanya tertumpu kepada pengisian program, bahkan merangkumi dasar pembangunan, pelaksanaan dan perancangan bandar yang akan diterapkan dengan konsep kesenian,” katanya.

-NFN-


Pengarang :