Selangorkini
SELANGOR

MB ke Kuala Krai sumbang RM500,000 bina khemah mangsa banjir

Oleh: AFIX REDZUAN

KOTA BHARU, 10 JAN: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi lawatan kerja sehari pasca banjir di Kelantan.

Rombongan Kerajaan Selangor yang diketuai Mohamed Azmin menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiba pada jam 9.10 pagi dan disambut oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob.

Azmin MBLawatan kerja sehari ini akan bergerak ke Kuala Krai dan Manek Urai bagi membantu dan melihat kawasan banjir untuk kerja-kerja pembersihan.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dipertanggungjawabkan untuk bertugas di dua kawasan berkenaan.

Mohamed Azmin menyertai delegasi misi bantuan kemanusiaan pasca banjir bersama lebih 500 pegawai dan anggota PBT dari Selangor ke Kelantan pagi ini.

“Saya dan warga kerja MPAJ dan PANTAS akan tumpu di Kuala Krai hari ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua YDP dan warga kerja dari 12 PBT Selangor yang memberi khidmat bakti mereka kepada mangsa banjir.

“Kerajaan Selangor menyumbang RM 500 ribu lagi untuk pembinaan khemah bagi penempatan sementara untuk mangsa banjir di Kelantan,” kata Mohamed Azmin.

EZY


Pengarang :