Selangorkini
SELANGOR

MB: Putrajaya perlu wujudkan wacana baharu demi rakyat

SHAH ALAM, 2 JAN: Dato Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali meminta Kerajaan Persekutuan mewujudkan wacana baharu bersama Kerajaan Negeri bagi mencari penyelesaian berhubung masalah rakyat seperti bencana banjir.

Beliau menafikan laporan media bahawa kerjasama yang dimaksudkan adalah kerjasama bersama Barisan Nasional.

bantuanbanjir 1“Saya minta wujudkan satu kerjasama dan wacana baru dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi kepentingan rakyat.

“Banyak benda boleh selesai jika kita duduk berbincang. Soal ekonomi, pendidikan, keselamatan.

“Kerajaan Persekutuan ada tanggungjawab kepada Kerajaan Negeri dari segi penyaluran peruntukan dan bantuan pembangunan.

“Jangan lakukan secara mengejut seperti yang berlaku sekarang,” katanya.


Pengarang :