Selangorkini
SELANGOR

MB: Simbah cat pejabat FAS bukan jalan terbaik lerai kemelut

SHAH ALAM 21 JAN: Insiden menyimbah cat di pejabat Persatuan Bola Sepak Sepak Selangor (FAS) adalah tindakan tidak wajar dan bukan jalan terbaik menyelesaikan masalah.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sepak Selangor (FAS), Mohamed Azmin Ali, berkata jika ada pihak tidak berpuas hati dan mahu badan itu dirombak, perkara itu patut diteliti setiap aspek.

IMG-20150119-WA0018“Kalau tidak puas hati dengan kepimpinan FAS, itu bukan tindakan wajar diambil kerana perkara ini perlu diteliti keseluruhannya misalnya daripada aspek latihan, dana dan pengurusan badan itu sendiri.

“Tak boleh simbah cat atau ugut kerana tindakan jenayah berkenaan tidak selesaikan masalah,” katanya dipetik Sinar Harian.

Mohamed Azmin berkata, beliau menyerahkan insiden simbah cat pada pagi Isnin lalu itu untuk siasatan polis.

Insiden khianat itu sedang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan susulan tindakan suspek yang menyimbah cat merah dan kuning di pintu masuk pejabat FAS di Kelana Jaya.

EZY


Pengarang :