Selangorkini
SELANGOR

MBSA sedia perkhidmatan pengangkutan van jenazah

Oleh: REMY ARIFIN

SHAH ALAM 28 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima sumbangan sebuah van KIA Pregio bernilai RM90,000 daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad untuk dijadikan sebagai van jenazah.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata penyediaan van jenazah itu merupakan tanggungjawab sosial dan keperihatinan MBSA menyediakan perkhidmatan dan memudahkan pengurusan penghantaran jenazah ke tanah perkuburan.

van jenazah 2Katanya, kenderaan itu diubahsuai dan disesuaikan kegunaan untuk kegunaan pengurusan jenazah seperti Tapak Perkuburan Islam MBSA di Seksyen 21 serta Lembah Klang.

“MBSA mengharapkan lebih banyak syarikat korporat khususnya beroperasi di bandar raya Shah Alam memberi sumbangan yang akhirnya dapat di manfaatkan seluruh warga Shah Alam,” kata Ahmad Zaharin.

Orang ramai boleh mendapatkan khidmat dengan menghubungi Unit Penyelenggaran Tanah perkuburan, jabatan Kesihatan Persekitaran, MBSA di Talian 03-5510 5133.

EZY


Pengarang :