Selangorkini
SELANGOR

MPSJ lancar aplikasi CleanMYCity, e-aduan pembuangan sampah haram

SHAH ALAM, 7 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan melancarkan projek perintis pertama aplikasi telefon pintar, CleanMyCity bagi menyampaikan aduan berhubung isu pembersihan awam.

Memetik rencana The Malaysian Insider, aplikasi berkenaan juga boleh diakses di laman web bagi membolehkan orang awam menghantar gambar individu yang membuang sampah secara haram, jalan berlubang, pokok tumbang dan masalah lain.

Aplikasi itu adalah insiatif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) yang bekerjasama dengan MBPJ dan Kerajaan Selangor.

sampahKetua C4, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, MBPJ dan C4 masih berbincang dan memikirkan cara mengintegrasikan aduan CleanMyCity dengan sistem aduan atas talian MBPJ iaitu e-aduan.

Tujuan utama adalah bagi membolehkan orang ramai bertindak sebagai pihak berkepentingan utama dalam membentuk dan mempengaruhi polisi kerajaan.

Katanya, inisiatif itu sesuai dilaksanakan memandangkan MBPJ berdepan dengan masalah penguatkuasaan terhadap pembuangan sampah haram.

Pelaksanaan aplikasi CleanMyCity juga dianggap praktikal dengan mengambil kira kebanyakan orang mempunyai telefon pintar pada masa kini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah dijangka merasmikan aplikasi itu, pada 9 Januari ini.

-NFN-


Pengarang :