SELANGOR

Pelajar Unisel ke Kelantan Ops Cuci pasca banjir

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 JAN: Kira-kira 36 kakitangan pejabat Exco Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad dan pelajar dari Universiti Selangor (Unisel) akan bertolak ke Kelantan bagi Misi Sukarelawan pembersihan banjir bermula malam ini.

Ketua Komunikasi Korporat Unisel, Hasril Abu Hassan, berkata sukarelawan itu akan mula bertolak pada jam 11 malam ini dan acara ‘Flag Off’ akan disempurnakan oleh Iskandar di Petronas Gombak.

Unisel banjir bantuKatanya, misi yang dinamakan Ops Cuci itu akan bermula esok (Sabtu) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelaboran dan berakhir 19 Januari depan (Isnin).

“Gabungan sukarelawan ini mendapat kerjasama dengan Pejabat Menteri Besar Kelantan. Ops Cuci akan dilakukan sebanyak lima kali di lima daerah di Kelantan.

“Seramai 12 kakitangan pejabat Exco Perumahan dan 36 pelajar dari Unisel,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata Naib Canselor Unisel, Prof Anuar Ahmad akan turut terbabit dengan misi itu sehingga Sabtu ini.

Minggu lalu, seramai lebih dari 13 orang pelajar Universiti Selangor (UNISEL) bertolak ke Sungai Gau, Temerloh Pahang bagi misi yang sama.

Unisel juga sebelum ini, turut mengagihkan bantuan yang terdiri daripada keperluan asas disalurkan bagi meringankan beban mangsa di tiga daerah di Terengganu.

10882240_813938438682119_3004606679827879601_nBantuan terbabit dihantar menggunakan lori ke Kemaman, Kuala Berang dan Hulu Terengganu yang disertai oleh 48 warga Unisel terdiri daripada kakitangan serta pensyarah.

Kesemua barang-barang yang terdiri daripada makanan, minuman, tuala wanita, lampin, susu, pakaian dan ‘water pressure jet’ serta set ‘Generator’ mula dikumpul sejak 26 Disember lalu.

Pusat bantuan yang dibuka di kedua-dua kampus Shah Alam serta Bestari Jaya sehingga semalam dibanjiri dengan orang ramai yang mahu menderma.

EZY

 


Pengarang :