Selangorkini
SELANGOR

Pemain Gergasi Merah diperkenalkan esok

SHAH ALAM 31 JAN: Pemain Bola Sepak Gergasi Merah akan diperkenalkan kepada umum pada majlis khas di Temasya Selangor esok, jam 11 pagi.

Acara itu bakal berlangsung di Pentas Utama Dataran SACC Mall di sini.

10959775_774221562669785_7718276196021224104_nOrang ramai dan penyokong Selangor diharap dapat memeriahkan dan memberikan sokongan kepada Red Giants untuk tampil lebih hebat pada musim kali ini.

Selangor mendapat suntikan semangat menjelang sepak mula Liga Super 2015 selepas berjaya menewaskan skuad Liga Perdana Pulau Pinang 3-1 pada perlawanan persahabatan pramusim terakhir di Stadium Shah Alam, pada 29 Januari lalu.

Selangor yang dua musim berturut-turut muncul sebagai naib juara akan membuka tirai saingan Liga Super 2015 bertemu Terengganu di Kuala Terengganu, 7 Februari ini.

EZY


Pengarang :