SELANGOR

Peminat mahu FAS berubah, minta pas bermusim

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 JAN: Penyokong berharap pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) profesional demi kemajuan bola sepak serta mengembalikan kehebatan dalam Liga Super musim ini.

Penyokong, Alfadli Awaludin, 32, berkata sikap berpuak di dalam persatuan harus dihindari supaya setiap perancangan diatur membuahkan hasil dalam jangka masa panjang.

fas_logo“Kita bukan nak prestasi Selangor naik untuk musim ini sahaja. Kita nak ada kesinambungan untuk masa yang panjang dan bukan bergantung siapa yang memegang jawatan.

“Apa berlaku sekarang hanya pada ketika seseorang individu itu memegang jawatan dan tidak membuat satu legasi,” katanya kepada SelangorKini di sini.

Beliau berkata, peminat mengharapkan sesuatu prestasi lebih baik daripada pasukan bersesuaian dengan gelaran Gergasi Merah.

“Kita juga meminta pas bermusim tetapi FAS sendiri tak boleh beri tanpa alasan. Sedangkan Pulau Pinang dari Liga Perdana sudah ada pas bermusim.

“Apa penyokong harapkan masalah itu diselesaikan secepat mungkin. Kita kena profesional. Harapan peminat untuk melihat Selangor bergerak lebih maju,” katanya.

Khairul Azwan Anuar berpandangan sama dengan menjelaskan sebahagian pasukan lain sudah mengeluarkan pas bermusim dan berharap FAS membuat tindakan sama demi penyokong.

“Kita sudah mencadangkan perkara ini lama dan semoga FAS boleh menunaikan demi kemudahan penyokong.

“Perbincangan duah hala juga perlu dibuat antara kelab penyokong dan FAS supaya dapat bertukar pandangan dan idea supaya pasukan bolasepak Selangor lebih maju dan berjaya,” katanya.

Beliau berkata, Selangor perlu meningkatkan latihan dan bersedia dari segi fizikal dan mental dalam menghadapi Liga Super musim ini.

“Kita menyokong penuh kepimpinan FAS diketuai Dato Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali. Apa diharapkan menjelang permulaan musim liga super ini, Selangor perlu bersiap sedia dengan membanyakkan perlawanan persahabatan seperti mana dilakukan pasukan lain,” kata Presiden Anak Selangor Fan Club (ASFC), Mohd Faizal Wahid.

Katanya, skuad Merah Kuning mampu memberikan cabaran kerana sebahagian besar pemain musim lalu dikekalkan dalam pasukan kali ini.

“Dengan mengekalkan sebahagian besar pemain musim lalu, di harapa Selangor mampu mencabar dan kekal dalam Liga Super ditambah dengan penambahan barisan tenaga jurulatih seperti Anuar Abu Bakar dan Rashid Hassan.

“Kita muncul naib johan musim lalu maka rasanya kita mampu menjadi lebih bagus dan maju kali ini,” katanya.

EZY


Pengarang :