Selangorkini
SELANGOR

Pemuda PAS Selangor lancar kutipan dana bantu PASTI

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 24 JAN: Pemuda PAS Selangor melancarkan kutipan sumbangan dana di seluruh negeri sebagai usaha membantu urusan membaik pulih Pusat Asuhan Tunas Islam Pasti (PASTI) di Kelantan yang musnah teruk ekoran kejadian banjir, baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, pihak melihat kerosakan yang berlaku terhadap PASTI sebagai satu keperluan mendesak yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak.

pastiKatanya, hal itu berikutan PASTI adalah landasan pendidikan bagi kanak-kanak khususnya di Kelantan untuk menerima pembelajaran pra sekolah.

“Walaupun semua pihak masih menghulurkan bantuan selepas kejadian banjir, namun kita tidak boleh melupakan kerosakan dan kemusnahan yang melanda PASTI yang juga perlu dilihat secara serius.

“Justeru, Pemuda Pas Selangor melancarkan kutipan sumbangan dana dari Dewan Pemuda Pas kawasan seluruh Selangor serta badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang ingin turut serta dalam usaha serta bantuan murni ini.

Syarhan-Humaizi-Abd.-Halim“Segala sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank Islamic Pemuda Selangor iaitu 5647 9912 0668 atau menghubungi Bendahari Kehormat Dewan Pemuda Pas Selangor, Mohd Razali Shaari Al Banjari di talian 0192135309 untuk maklumat lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebanyak RM1.8 juta diperlukan bagi membangunkan semua tadika PASTI yang terjejas di Kelantan akibat banjir besar dan bantuan projek angkat PASTI juga antara fokus utama PAS Selangor untuk membantu PASTI yang terjejas teruk.

-NFN-


Pengarang :