Selangorkini
SELANGOR

Penduduk Manek Urai Lama terharu kehadiran MB bantu mangsa banjir

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA KRAI, 10 JAN: Kehadiran Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali jelas menunjukkan beliau bukan sahaja pemimpin peringkat Selangor bahkan keprihatinannya sudah sampai di peringkat nasional.

Tanpa memikirkan soal protokol mahupun status sebagai Dato’ Menteri Besar, beliau tenang mendengar dan melihat sendiri keperitan mangsa pasca banjir di Negeri Kelantan.

B69tCweCQAE_lR3Penduduk Kampung Manik Urai Lama, Che Aziz Che Harun, 54, ketika ditemui mengakui terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Selangor.

“Keprihatinan beliau bukan sahaja sebagai pemimpin negeri bahkan seperti pemimpin nasional.

“Kita menghargai keprihatinan Dato’ Menteri Besar Selangor yang sudi turun bersama rakyat di Manik Urai,” katanya kepada Selangor Kini.

ManekSambil menahan sebak beliau mengakui kejadian banjir besar baru-baru ini membuatkan semua tabah dan redha dengan apa yang berlaku.

“Apa pun kita kena bersabar dan redha dengan apa yang berlaku dan ditetapkan-Nya.

“Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali,” katanya sambil menahan air matanya daripada tumpah.

EZY


Pengarang :