Selangorkini
KENYATAAN MEDIA

PKNS teliti semula penamatan kontrak 19 kakitangan PHSB

Oleh: BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM PKNS

Susulan daripada keputusan Mesyuarat Ahli Perbadanan yang dipengerusikan oleh  Dato’ Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Mohamed Azmin Ali berkenaan isu penamatan kontrak 19 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB), pihak pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sedang meneliti semula berkenaan perkara ini.

Sehingga kini tiga daripada kakitangan yang terlibat telah mengemukakan permohonan kepada PKNS dan kini mereka berkhidmat di perbadanan ini dan anak syarikat PKNS. Langkah ini diambil berdasarkan kelayakan dan bersesuaian dengan keperluan kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, PKNS juga dalam proses menemuduga empat lagi bekas kakitangan PHSB bagi mengisi kekosongan di syarikat-syarikat anak PKNS mengikut keperluan.

Sementara itu, bagi baki 12 kakitangan yang lain, pihak pengurusan PKNS sedang meneliti cadangan untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah.


Pengarang :