Selangorkini
SELANGOR

PR bawa ‘ong’ kepada penduduk Bagan Sungai Burong

Oleh: LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 6 JAN: Penantian berpuluh tahun penduduk Bagan Sungai Burong untuk mendapatkan hak milik tanah yang sekian lama diidam dan diusahakan, berakhir hari ini.

Kerajaan Negeri menyampaikan hak milik tanah kepada 35 menerima bagi tapak rumah dalam satu majlis yang disempurnakan Exco Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah.

Penyerahan Hak Milik Kampung Bagan Sg. Burong YB Ean Hiong Wah (6)Bagi Chua Bak Tong, 50, hari bersejarah itu pasti tidak berlaku seandainya kerajaan negeri tidak bertukar tampuk tujuh tahun lepas.

Katanya, kesungguhan Kerajaan Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat (PR) ketika ini membawa banyak tuah atau ‘ong’ kepada rakyat berbilang bangsa.

“Bukan sahaja Melayu, bahkan India dan kami orang Cina juga dapat, keadilan serta hak sama rata. Inilah yang rakyat mahu.

Chia Chun Yong“Terima kasih PR. Saya berharap lebih banyak hak milikan tanah dikembalikan kepada rakyat Selangor pada masa hadapan,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Nada kegembiraan dan kepuasan turut dikongsi seorang lagi penerima, Chia Chung Yong, 39, yang menyifatkan hari ini antara hari yang membahagiakan dia.

“Memang sangat gembira apabila segala usaha turun naik Pejabat Daerah dan Tanah akhirnya berbaloi.

“Segala urusan juga dilakukan tanpa banyak birokrasi yang menjadikan segala proses lancar,” katanya.

-NFN-


Pengarang :