Selangorkini
NASIONAL

QZ8501: Tiga kapal SAR dakwa berjaya kesan kotak hitam

JAKARTA 11 JAN : Tiga kapal yang ditugaskan dalam proses pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 mendakwa sudah berjaya mengesan kedudukan kotak hitam yang kini menjadi sebahagian fokus pencarian.

Timbalan Ketua Bidang Teknologi dan Pengembangan, Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT), Ridwan Djamaluddin mengakui tiga kapal itu berjaya mengesan ‘pinger’ yang sama, kira-kira jam 8.15 Waktu Indonesia Tengah (WITA).

B7CcDlQCAAAoZ9Z“Yakin.. kerana tiga kapal melaporkan suara yang sama dengan tiga alat yang berada di tiga lokasi.

“Mudah-mudahan ia tidak salah kerana tiga alat itu ketika melakukan pengesanan, pingnya menjawab dari kotak hitam pesawat,” kata Ridwan dipetik Metrotvnews.com.

Beliau berkata, pinger daripada kotak hitam yang dicari selama ini berada di kedalaman sekitar 30 meter di dasar Laut Jawa.

Bagi proses seterusnya, Ridwan berkata pihaknya akan menyerahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT)

“Untuk mengangkat (kotak hitam), hanya KNKT yang mempunyai kuasa mengangkatnya,” katanya.

EZY


Pengarang :